Tips dan trik mancing udang galah

Jadiberkah – anda pecinta mancing mania,biasanya anda memancing ikan ikan besar di sungai atau di lautan untuk mendapatkan ikan ikan yang besar.Memancing Udang Galah Di Tebing
Pilih kawasan tebing yang lapang dan tidak terlalu bersemak untuk mengelakan
gangguan haiwan atau binatang seperti ular dan sebagi. Ia juga untuk memudahkan
untuk membuat lontaran dan karauan pancing. Lima atau tiga batang joran seorang
adalah bertepatan dan mencukupi. Susunan joran di tepi tebing juga penting semasa
memancing mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2
dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah
sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri. Pastikan juga
mennggunakan pemacak atau penahan joran bagi megelakkan joran terjun ke dalam
sungai.
TIPS MEMANCING UDANG GALAH
Bagaimana Tips Memancing Udang Galah? Umpan perlu selalu diperiksa dimata
kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat,
perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah
memperolehi udang. Jika selepas 15-30 minit masih tiada isyarat udang memakan
umpan, kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu mencari lain
atau baru.
Musim tengkujuh ataupun musim banjir adalah tidak sesuai memancing udang kerana
paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta keadaan air yang sejuk. Masa
paling sesuai ialah ketika musim panas 3 ke 5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi
suam tika itu udang galah keluar mencari makan.Penggunaan sauh diperlukan jika
ingin memancing ditengah sungai. Jaket keselamatan juga perlu ketika memancing di
atas sampan atau bot. ini adalah kerana malang tidak mengenal mangsa.

Jadiberkah.com | umpan mancing udang galah ,dan anda bisa meracik umpan udang galah dan tip dan trik teknik memancing udang galah agar hasil pancingan luar biasa,memancing adalah hal yang sangat menyenangkan dan juga untuk melatih kesabaran.memancing udang galah tidak hanya asal asalan karena memancing udang galah butuh racikan umpan yang berbeda beda pada masing masing ikan.agar anda bisa mendapatkan ikan tentu anda harus banyak mengetahui trik dan tips memancing juga makanan atau umpan udang galah yang digunakan saat memancing agar anda bisa mendapatkan ikan hasil pancingan yang luar biasa.

FAKTA TENTANG UDANG GALAH
Udang galah mempunyai ciri fizikal yang pelik dengan bentuk penyepitnya yang panjang
dan beruas. Termasuk dalam keluarga Palaemonidae, udang galah mendapat nama
disebabkan kaki berjalan keduanya memanjang melebihi ukuran badannya. Bentuk fizikal inilah yang membuatkan udang galahdikenali, bahkan mudah dibezakan
daripada spesies udang air tawar yang lain.Beberapa penyelidik meletakkan beberapa peringkat pengkelasan bagi mengenal pasti
pesies udang berkenaan. Terdapat sembilan peringkat pengkelasan yang meliputi peringkat alam kehidupan hingga spesies.Udang galah Macrobrachium rosenbergii
dapat ditemukan dengan mudah di sungai air tawar dan payau. Habitat udang galah sentiasa berubah dan berbeza-beza, terutamanya dari peringkat larva, atau pun poslarva hingga dewasa. Fenomena migrasi juga memainkan peranan penting dalam populasi udang galah.
Oleh sebab itu generasi udang galah sukar terhapus di persekitaran sungai walaupun populasinya sedikit.Spesies udang galah mudah dikenali terutamanya bagi penduduk yang duduk berhampiran sungai dan persekitarannya. Udang galah bersifat omnivor di
samping memiliki saiz mulut yang kecil untuk makan daging dan tumbuhan. Bahan reput, tumbuhan akuatik, daging haiwan, dan daging ikan juga merupakan sumber makanan udang galah.

FAKTA FIZIKAL UDANG GALAH

Disebabkan makanannya mendap di dasar sungai, udang galah menjadi hidupan akuatik yang amat sesuai mendiami habitat di dasar sungai. Macrobrachium rosenbergii merupakan spesies terbesar dalam kalangan udang air tawar dengan panjang keseluruhan termasuk kelanya mencecah hingga 70 sentimeter dan berat yang
melebihi 500 gram. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 2kg.
Saiznya yang besar dengan fizikalnya yang menarik membuatkan spesies ini
berpotensi dijadikan makanan istimewa bagi penduduk Malaysia. Haiwan akuatik ini berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan dan kelabu dengan memiliki kaki renang
sebanyak lima pasang termasuk tiga pasang kaki jalan, sepasang penyepit dan sepasang kaki pemungut makanan. Kulit udang galah yang berupa eksoskeleton
adalah separa lembut dengan diselaputi lima segmen kulit yang memudahkannya bergerak, dan berenang.
Jangka hayat udang galah dapat mencapai hingga lima tahun. Hal ini menjadikan spesies udang galah masih kekal di persekitaran sungai di Malaysia. Proses pemburuan oleh manusia yang terhad kepada kaedah tradisional menyebabkan
spesies ini kekal beberapa dekad lagi. Hal ini memberikan kesempatan kepada spesies
udang galah meneruskan generasinya melalui proses pengawanan. Udang galahmengawan apabila mula matang. Kebanyakan udang galah betina matang apabila umurnya mencecah dua bulan selepas menjadi poslarva. Bagi udang

Baca Lainya:  Contoh Jenis Mobil Untuk Usaha Travel

galah jantan pula, kematangan dicapai apabila berumur melebihi tiga bulan.Kebiasaannya, seekor udang galah jantan dapat mengawan dengan empat hingga
tujuh ekor udang galah betina. Proses pengawanan berlaku apabila induk udang galah betina mula bersalin kulit. Pada ketika itu, keadaannya lembut dan kurang
bermaya.Di samping itu, proses pengecutan otot pada bahagian luar ovari berlaku dan secara
langsung memberikan tekanan kepada sistem peneluran. Dalam masa yang sama,organ pembiakan mulai terbuka secara perlahan-lahan.Pengeluaran telur berlaku
melalui telikum, iaitu organ pembiakannya. Peluang ini digunakan oleh induk jantan
bagi memindahkan spermanya kepada telur berkenaan bagi proses
persenyawaan.Telur berkenaan kemudiannya dilekatkan pada kaki renang pertama hingga kaki renang keempat. Tempoh perkembangan telur ini adalah antara satu
hingga 18 hari dengan disertai perubahan warna telur. Terdapat tiga fasa peringkat telur.
Fasa pertama, telur berwarna oren dalam tempoh tujuh hari pertama. Pada fasa kedua,warna telur berubah menjadi kekuning-kuningan manakala pada fasa ketiga,warna telur menjadi kelabu dengan terbentuknya larva yang bakal mewarisi generasi udang
galah. Sebaik sahaja telur mencecah hari ke-21,larva udang galah menetas dan mulai
beredar daripada induknya. Larva udang galah berenang dalam keadaan terbalik, iaitu
kaki berjalan dan kaki renangnya menghala ke atas. Larva memakan hidupan zooplankton seperti moina, kopipoda, dan rotifer.Pada peringkat ini, persekitaran
habitat sedikit masin disebabkan oleh garam daripada air laut. Situasi ini berlarutan selama 40 hari hinggalah peringkat ini bertukar menjadi poslarva.
Pada peringkat poslarva, udang galah meniarap dan berenang seperti induknya.
Bentuk udang galah yang bercirikan induk memudahkannya bergerak mencari
makanan, membesar menjadi juvenil di samping memaparkan unjuran kaki berjalan
kedua yang mulai membesar serta memanjang.Ciri fizikal yang dimiliki ini menandakan
bahawa udang galah telah mewarisi sifat induknya. Jika udang galahmemiliki warna
yang pudar, induk betina terhasil. Sebaliknya, jika udang galah berwarna terang kebiru-
biruan, induk jantan pula terhasil.Mata kumpuan yang dimiliki oleh udang galah
membantunya melihat keseluruhan persekitaran.Hal ini menjadikan udang galah sukar
terhapus generasinya dari segi keselamatan.Deria penglihatan ini memudahkan udang
galah mengesan musuh di persekitaran keranaudang galah menjadi kegemaran
pemangsa seperti ikan haruan, toman, dan keli termasuk haiwan seperti memerang.
Di samping itu, bentuk udang galah juga memudahkannya melakukan penyamaran semasa berada di dasar sungai.Antenular yang berbentuk sesungut berupaya
mengesan gradien kimia serta menentukan punca pencemaran.Udang galah ini
bergerak dan mendiami suatu kawasan dalam bentuk kumpulan yang kadangkala mencecah hingga 50 ekor Namun kumpulan yang mengawan sentiasa bergerak
mengikut pasangan dan memerlukan lopak di dasar sungai. Udang galah juga
merupakan krustasea yang gemar akan suasana separa gelap dan kurang pendedahan
cahaya matahari. Sifatnya yang suka menyorok dicelah batu, kayu dan lubang di dasar sungai menjadikan udang galah sebagai hidupan yang unik.

Baca Lainya:  Hancurnya akar bumi di desa wonokromo alian,kebumen

CARA MEMANCING UDANG GALAH

Perbincangan dan persediaan memancing perlu dengan rakan pemancing. Seeloknya jangan memancing berseorangan kerana amat berbahaya. Berbincang secara santai dan aman paling kurang sehari sebelum memancing tentang peralatan, tempat, masa,
umpan dan sebagainya. Amalkan semua ini untuk menjamin dalam soal hasil pancing dan keselamatan.

PERALATAN MEMANCING UDANG GALAH

Joran pancing dengan hujung yang lembut, ringan, kira mudah lentur dan sensitif serta ring atau cincin yang kecil. Reel spining kecil ikut ukuran untuk kolam boleh juga
menggunakan penggulung kayu. Tali Utama seeloknya antara 10 – 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun. Mata kail pula menggunakan kail khusus udang atau circle hook tanpa kait (barbless) dengan nombor 9 hingga 12.Timah pemberat kecil dengan stopper, jangan berat sangat tau.. yang penting umpan tak dibawa lari arus pulak. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri. Secara
kesimpulannya bergantung kepada kawasan pancingan dan arus sungai. Saya pernah memancing udang galahmenggunakan pelampung kerana keadaan kawasan pancingan telalu banyak bahan buangan dan sampah di dasar sungai serta berbatu.
Kalau pakai batu ladung atau pemberat pasti akan tersangkut.

UMPAN MEMANCING UDANG GALAH
Udang Galah sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail. Antara umpan terbaik untuk memancing udang galah adalah cacing tanah, anak udang atau udang nasi atau udang beras dan
hari ayam dadu. Ini adalah umpan memancing udang galah yang selalu saya gunakan. Senarai umpan ini juga mejadi pilihan pemancingudang galah sekarang.

Ati ayam,nasi udang

LOKASI MENGUMPAN UDANG GALAH
LOKASI UDANG GALAH
WAKTU MEMANCING UDANG GALAH

Memancing udang galah sebaiknya jangan masa air pasang dan cuaca dengan curah hujan cukup tinggi. Waktu terbaik mancing udang galah ialah pada saat kemarau dan
air surut. Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat favourite bagi udang biasanya diantara kayu atau balak yang terendam di sungai. Selain itu Udang galah juga sering bermain pada dasar sungai. Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan lokasi terbaik Undang galah, antaranya kenali struktur dasar sungai tempat dimana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk liku-liku dan beralun-alun. Kedua lihat pada keadaan arus sungai lazimnya aliran air agak perlahan
atau alirannya tidak terlalu deras. Jika arus deras menandakan kawasan tersebut lebih
dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya.

CARA UDANG GALAH MEMAKAN UMPAN

Apabila udang galah beratnya lebih 300 gram maka umpan akan langsung dilarikan
dan ujung joran akan langsung melentik atau melengkung. Bagi udang ukuran biasa dan kecil, biasanya sewaktu umpan dimakan, leader akan dipegang dan ditarik-tarik menggunakan capitnya sehingga ujung joran akan melentik beberapa kali seperti ikan
kecil yang makan. Memancing udang galah haruslah sabar dan toleransi. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melentik atau melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan digentak kerana ia akan menjadikan mulut udang koyak dan
pastinya udang galah akan terlepas. Jika Udang sudah mengena, angkat joran
perlahan-perlahan sambil mengarai reel dengan posisi hujung joran diatas udang sehingga line tegak lurus dengan permukaan air.
Udang biasanya jika terkena pancing akan mundur kebelakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya koyak terkena kail. Jadi pancinglah dengan atau situasi yang tenang dan santai. Kadang-kadang juga
Udang Galah makan tanpa ada gerakan jadi untuk 15 minit sekali perhatikan keadaan umpan dengan karau perlahan lebih kurang 1 kaki karauan.Isyarat udang memakan
umpan adalah tidak sama mengikut keadaan. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan
sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar.
Cara memancing udang galah sebenarnya terdapat dua kaedah atau cara. Cara pertama mengunakan sampan atau Bot dan cara kedua memancing di tepi tebing.
Cara Memancing Udang Galah Di atas Sampan atau Bot Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki. Lima atau tiga batang joran seorang adalah
bertepatan.Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga
penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian
mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan
tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu. Jika sudah pasti udang telah menelan
umpan lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali.

Baca Lainya:  Harga Franchise Sabana

Memancing Udang Galah Di Tebing
Pilih kawasan tebing yang lapang dan tidak terlalu bersemak untuk mengelakan gangguan haiwan atau binatang seperti ular dan sebagi. Ia juga untuk memudahkan
untuk membuat lontaran dan karauan pancing. Lima atau tiga batang joran seorang
adalah bertepatan dan mencukupi. Susunan joran di tepi tebing juga penting semasa memancing mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri. Pastikan juga mennggunakan pemacak atau penahan joran bagi megelakkan joran terjun ke dalam
sungai.

TIPS MEMANCING UDANG GALAH
Bagaimana Tips Memancing Udang Galah? Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat,perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah
memperolehi udang. Jika selepas 15-30 minit masih tiada isyarat udang memakan umpan, kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu mencari lain atau baru.
Musim tengkujuh ataupun musim banjir adalah tidak sesuai memancing udang kerana
paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta keadaan air yang sejuk. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 3 ke 5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi
suam tika itu udang galah keluar mencari makan.Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai. Jaket keselamatan juga perlu ketika memancing di atas sampan atau bot. ini adalah kerana malang tidak mengenal mangsa.

Semoga bermanfaat dan membawa keberkahan untuk kita semua,jangan lupa anda bisa langganan video youtube dari saya dengan cara klik tombol SUBSCRIBE dan lonceng “JADIBERKAH CHANNEL” agar saya bisa selalu berkarya.terima kasih

Tinggalkan Balasan

Situs ini menggunakan Akismet untuk mengurangi spam. Pelajari bagaimana data komentar Anda diproses.